Sup Pok Mat Teh Tarik Bejebok

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Puas makan tiram....nii haa mari kita pakat pekena sup pulok...dimana ?
Ni pasal Sup Pok Mat...Pok Mat nii kedai dia terletak tepi sungai Kelantan , jalan menghala ke Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan. Nak mudah ni haa maps dia... (N 6 10.936, E 102 14.790)





Bila korang masuk jalan Kuala Besar tuu, korang akan nampak satu Signboard Medan Ikan Bakar (MIB) bukan Men In Black yee...

Haa ni dia signboad. Memang korang tak akan miss punya lah. Gurenti buleh nampak. Hah apa lagi, bagi signal kirilah, masuk cari parkir.

Kalau korang pegi masa makan tengah hari (lunch time kata mat saleh) memang melilaulah cari parkir. Tapi takpa InsyaAllah dapat punya...






Ni dia Warung Pak Mat
Jadi, apa yang istimewanya Warung Pak Mat nii...!!

Mari sini nok oyak. Menu nombor satu ialah Sup. Sup gapo ? Sup Tulang ? Sup Ekor ? Salah belako tuh...

Sup yang digemari dan dicari ialah sup ikan, bukan ikan darat tapi ikan laut ( merah, siakap, tenggiri). Memang terangkatlah sup ikan nii. (tapi aku tak suka sup ikan nii).

Hah...korang pun sama macam aku, tak suka sup ikan. Tak apa , jangan risau, ada sup daging (daging yang dicampur dengan urat ). Haa sup nii aku berehi...

Harga.! Kalau sup ikan tuu seketul dalam rm20/20 ikut saiz. TAPI kalau korang ambik kepada ikan (kepala ikan merah contohnya) haaa tuu dalam rm100/120 semangkuk. Baik korang tanya dulu sebelum ambik. Tapi tak apa dah korang pegi ramai. Pakat-pakat kongsilah. Atau pun pakai aje "sistem tepok amai-amai". Apa susah.

Kenapa aku oyak , ambik. Sebab korang kena pegi beratur pilih dan amik sup...

Haa tu dia Pok Mat, baju petak tuh..
Tu dia bekas sup dia. Dalam tu ada yang daging, ikan dan kepala ikan.

Dah duduk nak makan, mestilah order air. Haa tang air nii lah aku paling suka dan korang pun WAJIB cuba. Jangan order air lain, rugi, korang orderlah Teh Tarik atau Teh Beng (ais lah). Dan korang jangan terkejut bila air tersebut sampai. Kenapa ? Hah tengok...


Kan bejebok buih dia tuh..
nii aku punya laa nih...2 gelas...ngeh ngeh ngeh
Bila korang kena teh tarik nih...perghhhh ..memang perghhh....aku sebenarnya tak pekena sup pun takpe...hanya nak minum sahaja.

Jadi macam biasalah. Cakap pun tak guna, baik korang pegi.

ooo yaa...lupa pulok...Pok Mat nii lain sikit ngan Pok Weil Tiram tuh...Kalau Tiram tutup Isnin. Pok Mat pulok tutup setiap SELASA, dan dia bukak seawal jam 8.30 pagi lagi.

Selamat makanminummakanminum...

Gerombolan Cik Kiah












No comments:

Post a Comment

Total Pageviews