Megi Tiram

Assalamualaikum....
Haa korang kenal tiram...mesti kenal kan...


Ni dia Tiram.......
Nii aku nak cerita pasal satu kedai makan ni yang semakin tersohor dengan hidangan tiramnya...
Kedai ni terletak di  Tawang, Bachok, Kelantan. Kalau demo orang Kelate, demo gi lah alah ke Bachok ikut jalan Kedai Lalat ( jangan sampai pening lalat sudah). Atau nak mudah ikut saja Google Maps yang disediakan dibawah niii....

6°07'43.0"N 102°21'25.4"E

6.128602, 102.357057

Apa

yang best di sini nih...nanti laa nak oyak. Masakan di sini semuanya berasaskan tiram, maknanya lauk dia adalah tiram. Yang tersohor adalah Megi Tiram dan Tiram Mentah..
Hah.!.mentah !...best woo...tiram tuu dia perah dengan air asam, letak lada sikit dan bawang goreng..terus hirup..sruupp...ala macam Mr.Bean buat kat TV tuu..tapi nii bagi aku memang sedap laa...

haa ni dia.. nak tunjuk...

Megi Tiram (RM8) & Tiram Mentah (RM2 satu)..jadi yang aku punya tuu rm10 lah...hehehe
Menu yang menjadi pilihan ramai...tapi bagi aku laa, kurang sesuai order megi tiram ngan tiram mentah, lebih baik order nasi goreng biasa atau megi biasa VS tiram mentah...baru kaw kaw punya...tapi kalau korang nak rasa jugak...belasah ajee...

Ni haa Menu dia :



Itu sahaja pilihan menu...



Ni haa anak bini duk tunggu order sampai...untuk anak ada menu nasik goreng biasa, mee goreng biasa, kue tiaw goreng biasa ( biasa tuu maknanya takdok tiram lah...)
Perlu korang ingin nii bukan restoran, cuma kedai makan biasa, jadi oleh kerana pelanggan semakin ramai (memang semakin ramai pun), tokey kedai (Pok Weil) pun pasang khemah. Pok Weil nii meniaga ikut KL, jadi setiap Isnin dia tutup. Hari lain bukak laa dari Tengahari sampai malam.

Cakap banyak pun tak guna baik korang pegi rasa sendiri. Selamat makan makan minum minum....















No comments:

Post a Comment

Total Pageviews